Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 peserta negara sertai Ironman Langkawi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Seramai 11 peserta telah mewakili Negara Brunei Darussalam pada acara triatlon, Ironman Langkawi, yang berlangsung di Langkawi, Malaysia, baru-baru ini.

    Daripada 11 peserta tersebut enam orang telah menyertai dan menamatkan larian separuh jarak, 70.3 Ironman Langkawi yang meliputi 1.9 kilometer (km) renang, 90km basikal dan 21.1km larian.

    Sementara itu, lima orang lagi telah menyertai dan menamatkan larian penuh, 140.6 Ironman Langkawi yang meliputi 3.8km renang, 180km basikal dan 42.2km larian.

    Melalui acara tersebut diharap ia dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai penduduk Brunei khususnya belia dalam pelbagai sukan terutama sukan jarak jauh.

    Peserta Brunei bergambar ramai pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN ZAINAL AZIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda