KOTA KINABALU, 28 FEB – Sebelas rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar dekat sini awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 1:49 pagi dan enam jentera bersama 29 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran itu berjaya dikawal daripada merebak pada 2:11 pagi dan operasi ditamatkan pada 4:36 pagi,” menurut kenyataan itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – Bernama