Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 sekeluarga ditemui mati di India

    NEW DELHI, 1 Julai – Seramai 11 sekeluarga ditemui mati di kediaman mereka di New Delhi hari ini, menurut kenyataan pihak polis.

    Pihak polis telah mengawal ketat kediaman mereka di Burari di utara bandar itu, di mana mayat tujuh wanita dan empat lelaki ditemukan.

    “Sebaik tiba di lokasi kejadian kami mendapati 10 daripada 11 ahli keluarga itu dalam keadaan tergantung. Mayat terakhir, seorang wanita berusia 75 tahun, ditemui di lantai,” kata seorang pegawai polis Delhi kepada AFP.

    “Masih terlalu awal untuk mengetahui apa yang berlaku. Siasatan sedang dijalankan dan kami tidak menolak sebarang kemungkinan.”

    Berita tempatan melaporkan, seorang jiran menemui mayat sekeluarga itu ketika memeriksa kediaman mereka selepas gagal membuka kedai seperti biasa.

    Mayat mereka ditemui tergantung pada gerigi besi di siling, menurut laporan stesen penyiar NDTV. Polis kini sedang menyoal siasat jiran tetangga dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda