WAN MADANI, SUDAN, 10 SEPT – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara di sebuah kejiranan di selatan ibu kota Sudan, Khartoum, menurut kumpulan tempatan hari ini.
“Kira-kira 7:15 pagi (0515 GM), pesawat tentera mengebom kawasan pasar Qouro,” kata jawatankuasa penentang tempatan, salah sebuah kumpulan yang sebelum ini menganjurkan protes pro-demokrasi dan kini memberikan bantuan semasa perang.
“Perkiraan awal menunjukkan 11 orang terkorban dan puluhan yang cedera tiba di hospital Bashair,” kata jawatankuasa itu.
Sementara itu, hospital itu mengeluarkan ‘rayuan mendesak bagi kesemua profesional perubatan di kawasan itu untuk datang dan membantu merawat ‘peningkatan jumlah orang yang cedera yang tiba’.
Sejak 15 April lalu, Sudan dihimpit oleh peperangan yang melibatkan tentera menentang Rapid Support Forces.
Hampir 7,500 orang terbunuh dalam pertempuran selama lima bulan, menurut anggaran konservatif dari Projek Data Lokasi & Peristiwa konflik bersenjata.- AFP
