Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 terbunuh dirempuh bas sekolah di timur China

    BEIJING, 3 SEPT – Sebuah bas sekolah merempuh sekumpulan orang di luar sebuah sekolah menengah di timur China hari ini, mengorbankan 11 orang termasuk lima pelajar, lapor media kerajaan.

    Penyiar negara, CCTV melaporkan bahawa pemandu bas tersebut ‘hilang kawalan’ ketika ia menghampiri sekolah di bandar Tai’an, wilayah Shandong pada jam 7:27 pagi waktu tempatan.

    Bas tersebut merempuh sekumpulan ibu bapa dan kanak-kanak di tepi jalan, menurut CCTV.

    “Setakat ini, kejadian tersebut telah menyebabkan kematian 11 orang, di mana enam daripadanya adalah ibu bapa dan lima yang lain adalah pelajar,” lapor penyiar itu dalam kemas kini selepas jam 11:30 pagi.

    Ia menyatakan seorang lagi berada dalam keadaan ‘kritikal’, manakala tanda-tanda vital 12 orang lagi adalah ‘stabil’.

    Imej yang tular di media sosial menunjukkan orang dewasa melutut berhampiran kanak-kanak dengan pakaian berlumuran darah yang terbaring di jalan raya bersebelahan bas kelabu yang besar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda