Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 terperangkap dalam lombong arang

    JINAN, CHINA, 20 NOV – Sekurang-kurangnya 11 orang terperangkap dalam satu kemalangan lombong arang batu di bandar Jining, Wilayah Shandong, timur China.

    Agensi berita Xinhua yang memetik pegawai tempatan melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5:50  Rabu pagi di Lombong Liangbaosi di mukim Jiaxiang.

    Pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

    Lombong arang batu itu mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak tiga juta tan metrik setahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda