Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 tertimbus tembok jambatan runtuh

    ISLAMABAD, 19 JULAI – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera selepas tembok jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat hujan lebat di Islamabad, Pakistan hari ini.

    Menurut seorang pegawai tempatan, kejadian berlaku berhampiran Golra Mor di Jalan Peshawar, menyebabkan beberapa pekerja binaan tertimbus.

    “Setakat ini, 11 mayat telah dijumpai, manakala enam yang cedera telah dipindahkan ke hospital tempatan di Islamabad,” kata pegawai penyelamat tempatan, Imdadullah, kepada agensi Anadolu.

    Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), setakat ini 99 orang termasuk 41 kanak-kanak terbunuh di seluruh negara sejak 25 Jun lalu akibat hujan lebat dan banjir. – Bernama

    Saudara membawa mayat seorang lelaki selepas tembok runtuh disebabkan hujan monsoon ke dalam ambulans di hospital PIMS di Islamabad, Pakistan, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda