Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    110 ahli hadiri AGM PUJA, bentang laporan aktiviti

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN 9 FEB – Kira -kira 110 ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan 2025 (AGM) yang diadakan di Bilik Betabur, Kementerian Pembangunan, kelmarin.

    Pada AGM kali ini, ahli majlis dari 11 ahli Majlis PUJA membentangkan laporan mengenai aktiviti yang dijalankan.

    Pembentangan memfokuskan kepada tiga bahagian dan salah satunya termasuk acara penanaman pokok yang dianjurkan dengan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan yang menyaksikan penanaman 40 anak pokok di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas di Bandar Seri Begawan.

    PUJA ialah institusi profesional yang ahli-ahlinya terdiri daripada profesional, pengamal, graduan dan pelajar daripada tiga disiplin utama juru ukur kuantiti, kejuruteraan ( Sivil dan struktur, mekanikal & elektrik, perkhidmatan bangunan dan sektor petrokimia) dan arkitek.

    Majoriti ahli PUJA adalah orang yang berkelayakan (QPS) yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Kuantiti (BAPEQS), Kementerian Pembangunan.

    Ditubuhkan pada 1984, salah satu objektif PUJA Brunei adalah untuk mempromosikan standard kelakuan profesional, yang dikehendaki oleh anggota institusi demi
    kepentingan orang ramai dan profesion.

    Gambar ramai ahli PUJA yang hadir pada mesyuarat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PUJA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda