Wednesday, November 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    110 graduan Micronet diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Seramai 110 orang pelajar yang mana 95 pelajar mengikuti Program Perkomputeran Pearson BTEC, dan 15 lagi mengikuti Program Perniagaan Pearson BTEC yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) hari ini, diraikan dalam Majlis Graduasi Micronet 2024 di Indera Samudra, Grand Hall, The Empire Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dalam pelbagai program IT dan Perniagaan Pearson Kelulusan BTEC, Peringkat Sijil Antarabangsa dan Peringkat Diploma Tertinggi Kebangsaan serta anugerah pelajar cemerlang, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir di majlis itu, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Pengarah Urusan MIC, serta tetamu yang lain.

    Terdahulu itu, Pengetua dan Pengurus Am MIC, Sharon Chin, dalam ucapannya antara lain menjelaskan, kualiti pencapaian ini sudah pasti akan memberi manfaat untuk melanjutkan pelajaran, memulakan pekerjaan, atau pun memulakan usaha sendiri.

    MIC amat berbangga dengan pelajar yang diraikan, jelasnya, selain berharap untuk menyaksikan sumbangan luar biasa yang akan dilakukan pada tahun-tahun akan datang.

    Di majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Merit kepada dua pelajar iaitu Dayang Ainaa Zukrina binti Haji Abdul Manap dalam Pearson BTEC Peringkat 5 Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Perkomputeran (Kejuruteraan Rangkaian).

    Sementara Dayangku Nur Izzati binti Pengiran Muhammad Nizem, yang mengikuti pengajian dalam Pearson BTEC Peringkat 5 Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Perkomputeran.

    MIC turut menjadi rakan satelit kepada UTB dengan menawarkan program 14 minggu bagi laluan kemasukan Ijazah Sarjana Muda BriCOMP, selain menawarkan Ijazah Pengkomputeran UTB-MIC iaitu Sarjana Muda Sains dalam Pengkomputeran (Major dalam Keselamatan Rangkaian), dan sarjana muda sains dalam Pengkomputeran (Major dalam Multimedia).

    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan MIC pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda