Sunday, October 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    110 terima bintang kebesaran

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada seramai 110 penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-77 tahun, di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman, hari ini.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) kepada seramai 14 penerima.

    Kemudian, Baginda berkenan mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (PSB) kepada 93 orang penerima. Selain daripada berkhidmat dengan sektor kerajaan, para penerima juga termasuk daripada sektor swasta dan atlet sukan.

    Selain itu, Baginda Sultan juga berkenan mengurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kelima (PUB) kepada tiga orang penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis dihadiri oleh pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli majlis-majlis mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri hulubalang, duta-duta dan pesuruhjaya tinggi, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan kerabat diraja bagi Majlis Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan pingat-pingat bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada beberapa orang penerima wanita daripada 110 orang penerima pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-77 di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman, kelmarin. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    ATAS & BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada para penerima. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    ATAS & BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada para penerima. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke majlis berkenaan. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    ATAS & BAWAH: Antara penerima bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda