Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    112 pelajar Maktab Sains diraikan dalam majlis khatam

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Seramai 112 orang pelajar Pra U 2 (2017), Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di auditorium sekolah berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Pengetua Maktab Sains, Awang Huzaimi bin Moksin.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh pelajar PU2N (2017), Awangku Muhammad Haziq Dzulfadhly Mubarak bin Pengiran Haji Muhammad Amir Ilham dan diteruskan lagi dengan bacaan surah-surah lazim daripada peserta khatam yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 71 orang pelajar perempuan.

    Awang Huzaimi bersama jemputan dan guru-guru meraikan majlis khatam bagi pelajar Maktab Sains.
    Antara pelajar Pra U 2 Maktab Sains yang menyertai majlis khatam tersebut.

    Majlis disusuli dengan bacaan takhtim oleh pelajar-pelajar lelaki Pra U2 (2018) dan bacaan Doa Khatam yang diketuai oleh pelajar PU2I (2017), Awang Muhammad Muaz bin Mahdi serta disemarakkan lagi dengan bacaan dikir dan menabur bunga rampai serta merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam.

    Bacaan Doa Selamat dan Doa Penutup pula telah dibacakan oleh pelajar PU2H (2017), Awang Mohammad Danial A’rif bin Haji Mohammad Yany Mardeny.

    Majlis khatam itu bertujuan untuk menggalakkan para pelajar agar sentiasa membaca Al-Quran serta mampu mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda