Friday, April 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    112 sertai Bengkel Drama Pentas Senegara

    Oleh Faridah Haji Ibrahim

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb – Seramai 112 peserta terdiri daripada pelajar dan guru pembimbing drama sekolah menengah dan maktab seluruh negara baru-baru ini menyertai Bengkel Drama Pentas Senegara yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

    Bengkel dianjurkan oleh Unit Akli di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu dikendalikan oleh Kumpulan Putra Seni diketuai Awang Mohammed Zefri Arif bin Mohammad Zain Ariff.

    Ia bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar dan guru pembimbing dalam bidang lakonan dan pementasan drama di samping mendorong mereka untuk lebih berkeyakinan dan percaya dengan kebolehan diri sendiri agar dapat berani tampil dan beraksi di khalayak ramai.

    Majlis penutupan bengkel drama diadakan pada 4 Februari lalu dan hadir menyampaikan sijil kepada peserta ialah Pegawai Pelajaran Kanan yang juga Ketua Unit Akli, Dayang Hajah Hajidah binti Haji Abdul Wahab.

    Gambar ramai peserta bengkel.
    Gambar ramai peserta bengkel.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda