BANDAR MEXICO, 7 MEI – Pihak berkuasa di barat laut Mexico menyelamatkan 113 pendatang yang diculik dari pelbagai kerakyatan dari sebuah bangunan di sepanjang sempadan dengan Amerika Syarikat (AS), kata pejabat pendakwa raya negeri.
Beribu-ribu pendatang yang melarikan diri dari keganasan dan kemiskinan berisiko diculik dan dieksploitasi di tangan kumpulan penjenayah semasa melintasi Mexico dalam perjalanan ke sempadan AS.
Penemuan terbaharu di perbandaran San Luis Rio Colorado, yang bersempadan dengan negeri Arizona di AS, timbul daripada siasatan susulan pihak berkuasa pada Jumaat menemui 10 warga Colombia yang dianggap telah diculik. – AFP