Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Seramai 114 orang pelajar dari 27 buah sekolah rendah kerajaan di Daerah Brunei dan Muara hari ini telah menerima sumbangan kaca mata bersempena Hari Penglihatan Sedunia 2017 yang bertemakan ‘Make Vision Count’.
Penyampaian sumbangan pada majlis yang berlangsung di Bilik Persidangan P1, Kementerian Pendidikan telah disempurnakan oleh Pemangku Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Juga hadir di majlis itu ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah; Pemangku Pengarah Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Dr. Habibah binti Haji Sion; Pengurus Syarikat Perfect Vision, Pengiran Husin bin Pengiran Anak Haji Abdul Rahman serta para jemputan khas yang lain.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)