Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    115 cedera bertempur dengan pasukan keselamatan

    BEIRUT, 29 JAN – Sekurang-kurangnya 115 orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan semalam di daerah Tripoli di utara ibu kota Lubnan, Beirut, lapor agensi Anadolu.

    Penunjuk perasaan berkumpul di pusat bandar Tripoli pada sebelah petang dan berarak ke pejabat gabenor di dataran Sahet Al Nour.

    Pasukan keselamatan yang dikerahkan di sekitar pejabat gabenor menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan, kebanyakannya golongan muda, yang bertindak melemparkan batu ke arah polis.

    Penunjuk perasaan yang kecewa dengan krisis ekonomi dan pengangguran negara, bertindak membakar beberapa tong sampah.

    Pertempuran berlanjutan di Sahet Al Nour dan jalan-jalan berhampiran manakala Dewan Bandaraya Tripoli dibakar. Sekumpulan orang di Abdul Hamid Karami Square di Tripoli menyalakan api dengan melemparkan bom botol ke dewan perbandaran, menurut media tempatan.

    Bangunan itu rosak dan sebahagian besar dokumen di dalamnya terbakar, namun tiada korban dilaporkan.

    Menurut Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan di media sosial, kebakaran turut berlaku di Mahkamah Syariah Sunnah di bangunan kerajaan apabila penunjuk perasaan melempar bom botol. – Bernama

    Seorang pembantah melontar kanister gas pemedih mata pada polis semasa bantahan menentang langkah sekatan koronavirus di Tripoli, utara Lubnan pada 28 Januari 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda