Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    115 kaki pancing sertai pertandingan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 13 OGOS – Seramai 115 pemancing pantai tempatan dan luar negara telah menyertai Pertandingan Pancingan Pantai yang diadakan kelmarin di sepanjang pantai di Taman Rekreasi Pantai Lumut.

    Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung RPN Kampung Lumut 1 dengan kerjasama Topbitez Enterprise bertujuan untuk mengumpulkan para pemancing pantai terbaik dan mencabar mereka menangkap ikan terbesar di sepanjang pertandingan itu.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan sekali gus menyempurnakan hadiah kepada pemenang, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga merupakan Ketua Kampung Kampung Bukit Sawat, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @Lim Swee Ann.

    Pada pertandingan itu, Awang Noor Azlan bin Haji Senin berjaya mendahului carta dengan memperolehi tangkapan seberat 9.730 kilogram.

    Beliau telah menerima hadiah berjumlah $800 atas pencapaiannya yang telah diserahkan di akhir pertandingan.

    Pertandingan tersebut diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Pemancing tegar tempatan dan luar negara berkumpul di sepanjang pantai untuk menangkap ikan terbesar semasa menyertai Pertandingan Pancingan Pantai di Taman Rekreasi Pantai Lumut, Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Awang Noor Azlan bergambar ramai bersama tangkapannya pada pertandingan itu. – GAMBAR SERAHAN MPK RPN LUMUT 1
    GAMBAR SERAHAN MPK RPN LUMUT 1
    Yang Berhormat Mohammad semasa menyempurnakan hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN MPK RPN LUMUT 1

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda