Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    115 pasukan sertai Pertandingan Sibu Open Double Dart Challenge 2023

    Oleh Haji Hamjani bin Haji Moksin

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Sebanyak 115 pasukan dari seluruh Borneo telah menyertai Pertandingan Sibu Open Double Dart Challenge 2023 yang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Majlis Perbandaraan Sibu, Sarawak, baru-baru ini.

    Negara Brunei Drussalam diwakili oleh Pasukan D’Amazing KBT Brunei, Spintop dan DW Legend.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah adalah wakil dari Pusat Khidmat Dun Nangka, Ketua Pemuda Cawangan PBB Dun N.55 Nangka serta Ketua Pemuda N.51 Bukit Assek, Abang Hisham bin Abang Hashim.

    Juara bagi kategori Winner Site dimenangi oleh pasukan D’Amazing KBT Brunei yang diwakili oleh Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Matarsad dengan pasangannya Awangku Mohammad Hamdi bin Pengiran Haji Mansor, manakala tempat kedua disandang oleh pasukan Landas War dari Kuching, Sarawak.

    Bagi kategori Silver Plate dimenangi oleh pasukan DW Legend dan tempat kedua disandang oleh KSDS Premium, Kuching.

    Pasukan D’Amazing KBT Brunei bergambar bersama hadiah yang dimenangi semasa acara berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda