Thursday, November 7, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    118 pesara KHEDN diraikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Seramai 118 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah bersara pada 2023 telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Persaraan dan Penghargaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, KHEDN, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil persaraan dan penghargaan kepada para pesara yang diraikan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan, pegawai serta kakitangan KHEDN serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis penghargaan berkenaan bertujuan untuk menghargai jasa baik dan sumbangan pegawai-pegawai dan kakitangan di sepanjang tempoh mereka berkhidmat di KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara pesara yang hadir di majlis berkenaan.

    Antara yang menerima sijil persaraan dan penghargaan pada majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda