Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    118 Residence moden, eksklusif

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Kondominium mewah 118 Residence yang dilengkapi dengan reka bentuk moden dan kontemporari, terletak di tengah kawasan komersil yang begitu strategik dan berpotensi di Kampung Kiulap telah dibukakan bagi Pra Tonton Eksklusif, hari ini.

    Pada majlis tersebut para tetamu dan pengunjung yang hadir berpeluang melihat dengan lebih dekat secara langsung akan keindahan struktur dan reka bentuk yang dihasilkan pada kondominium berkenaan.

    Para hadirin juga terpegun melihat kemudahan yang disediakan di setiap ruangan dan sudut yang ada antaranya kemudahan kolam renang yang terletak di tingkat paling atas bangunan dengan berlatarkan pemandangan indah di sekitar kawasan komersil dan ibu negara.

    Setiap bilik, tempat dan ruangan 118 Residence juga dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi seperti lif.

    Selain itu tahap keselamatan di setiap penjuru kondominium berkenaan juga dititik beratkan dengan pemasangan beberapa fitur dan ciri keselamatan di samping pengawal-pengawal keselamatan yang ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu.

    Ruang letak kereta yang luas dan selesa juga menambahkan nilai berharga bagi 118 Residence yang dibangunkan dengan elegan dan eksklusif lagi moden tersebut.

    Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat salah satu unit di kondominium mewah berkenaan.
    Kondominium tersebut turut dilengkapi kolam renang di tingkat paling atas dengan pemandangan yang indah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda