Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    118 sertai ceramah motivasi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) petang tadi mengadakan Program Ceramah Motivasi yang menyasarkan seramai 118 orang tenaga pengajar dan kakitangan sekolah yang berlangsung di Surau At-Taqwa sekolah tersebut.

    Program berkenaan adalah bagi menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan kepentingan psikologi dalam pendidikan di sekolah.

    Ia diisikan dengan ceramah yang bertajuk Resilience Mindfulness yang disampaikan oleh fasilitator undangan iaitu Presiden Persatuan Kaunseling Brunei (PERKAB) dan Clinical Director, Empowerior Counseling & Consultancy, Mejar (B) Rusli bin Bujang.

    Program bertujuan untuk menerangkan kepentingan psikologi dalam pengurusan pentadbiran dan akademik serta pengajaran guru, di samping menjelaskan kepentingan resilience (daya tahan) dalam kalangan tenaga kerja.

    Turut dikongsikan adalah maklumat dan tip bagi pengurusan tekanan dalam mengendalikan bebanan kerja mengajar dan mentadbir bagi keseimbangan emosi dan kesejahteraan mental warga sekolah.

    Mejar (B) Rusli menyampaikan ceramah semasa program berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda