Oleh Syazwani Hj Rosli
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Seramai 119 orang kakitangan Abdul Razak Holdings (ARH) telah berjaya menamatkan latihan marsyal bomba dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.
Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Awang Nohi Irwan Sukarki bin Haji Pawi yang menyampaikan sijil bagi pihak pemangku pengarah JBP.
Menurut Pengurus Sumber-sumber Manusia dan Sekuriti ARH, Pengiran Haji Manshor bin Pengiran Haji Jaya, latihan bertujuan untuk menyediakan kemahiran yang diperlukan sebagai responder pertama dalam insiden kebakaran.
Antara topik yang disentuh semasa kursus itu ialah latihan pengosongan bangunan, penggunaan betul alat pemadam api dan langkah-langkah mencegah kebakaran dariada merebak. Selain itu, latihan praktikal bagi kakitangan juga diadakan.
