Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    119 kilang sediakan lebih 7,000 peluang pekerjaan di Lahad Datu

    KOTA KINABALU, 16 APRIL – Sebanyak 119 kilang dimiliki pelabur tempatan dan asing sedang beroperasi di Lahad Datu dengan jumlah pelaburan RM3.66 bilion, menyediakan 7,305 peluang pekerjaan pelbagai sektor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

    Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata daripada jumlah itu, sebanyak 39 buah syarikat tempatan dan sembilan syarikat asing beroperasi dalam Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dengan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM2.386 bilion.

    “Pelaburan di POIC Lahad Datu telah berjaya mewujudkan 1,950 peluang pekerjaan manakala di kawasan Silam sahaja, sebanyak lima kilang sedang beroperasi dengan jumlah pelaburan RM40 juta dan menyediakan 334 peluang pekerjaan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda