YANGON, 2 JAN – Pihak berkuasa Myanmar telah merampas 11 kilogram (kg) heroin dan 200,000 tablet perangsang di tengah Myanmar, lapor akhbar harian negara, Myanma Alinn hari ini.
Bertindak atas maklumat, polis anti-narkotik telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di daerah Chanayethazan, wilayah Mandalay pada 27 Disember lalu dan merampas 2.8kg heroin bersama dua suspek, menurut laporan itu.
Siasatan lanjut mendapati 8.2kg heroin dan 200,000 tablet perangsang dijumpai di daerah yang sama, di sebuah rumah bersama seorang lagi suspek, tambah laporan tersebut.
Dadah yang dirampas itu bernilai 575 juta kyat (AS$0.27 juta), menurut laporan tersebut.
Ketiga-tiga suspek telah didakwa di bawah undang-undang negara dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Xinhua