Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    12 ahli bomba naik pangkat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Seramai 12 orang ahli bomba telah dinaikkan pangkat sebagai ahli bomba kelas satu dan majlis penyampaian tanda pangkat telah diadakan, kelmarin.

    Bagi Cawangan Operasi B, seorang ahli bomba telah dinaikkan pangkat, dan tanda pangkat telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah, SSFR Noraflan bin Awang Kachi.

    Di Cawangan Operasi C, empat ahli bomba dinaikkan pangkat dan penyampaian tanda pangkat telah disempurnakan oleh Pemerintah Cawangan Operasi C, SSFR Pengiran
    Azizul Rahman bin Pengiran Haji Yusop.

    Penyampaian tanda pangkat kepada seorang ahli bomba di Cawangan Operasi D pula disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah, SSFR Muhd Shahreeni bin Haji Muhd Yussof.

    Bagi Cawangan Operasi F, Pegawai Pemerintah SSFR Haji Nordin bin Haji Buntan telah menyampaikan tanda pangkat kepada empat orang ahli bomba.

    Sementara itu, di Cawangan Operasi G, penyampaian tanda pangkat kepada seorang ahli yang dinaikkan pangkat telah disempurnakan oleh SSFR Haji Afiq bin Haji Julah.

    Manakala itu, seorang ahli bomba di Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang dan Penyiasatan telah dinaikkan pangkat dan penyampaian tanda pangkat disempurnakan oleh ASFR Pengiran Noor Faridahwati binti PSM Pengiran Anak Omar Alli.

    Salah seorang ahli bomba menerima tanda pangkat pada majlis yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...