Tuesday, December 31, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 anak kapal kargo diculik

    ABUJA, 24 Sept – Sekumpulan lanun telah menculik 12 anak kapal sebuah kapal kargo Switzerland di perairan Nigeria.

    Syarikat perkapalan, Massoel Shipping, berkata kapalnya MV Glarus membawa muatan gandum dari Lagos ke Pelabuhan Harcourt ketika ia diserang pada Sabtu lalu.

    “Kumpulan lanun itu telah menaiki Glarus menggunakan tangga panjang dan memotong kawat berduri di geladak,” kata syarikat itu.

    Penceroboh terbabit bertindak di kawasan perairan yang terletak 45 batu nautika dari Pulau Bonny di Delta Niger, dan mengambil 12 daripada 19 anak kapal sebagai tebusan.

    Seorang jurucakap syarikat perkapalan Massoel yang berpangkalan di Geneva itu berkata lanun terbabit ‘telah memusnahkan kebanyakan peralatan komunikasi kapal tersebut.’

    Tujuh anak kapal berasal dari Filipina serta masing-masing seorang dari Slovenia, Ukraine, Romania, Croatia dan Bosnia, menurut agensi maritim Nigeria. Jurucakap Massoel berkata anggota keluarga anak kapal terbabit telah dimaklumkan mengenai keadaan itu.

    Pakar sedang dalam perjalanan bagi memastikan semua tebusan dibebaskan ‘dengan pantas dan selamat,’ menurut syarikat perkapalan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda