Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 anak yatim terima sumbangan Program Hamlah Khairiyyah

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Seramai 12 orang anak yatim dan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, Sekolah Menengah Masin dan Sekolah Rendah Rimba 1, baru-baru ini menerima sumbangan berupa keperluan sekolah sebagai persediaan bagi tahun persekolahan 2021 yang akan bermula beberapa hari saja lagi.

    Penyampaian sumbangan yang berlangsung di Jalan Kuala Lurah, Kampung Limau Manis itu dilaksanakan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (CPKL) menerusi Program Hamlah Khairiyyah: Back to school 2.0.

    Penyerahan derma disempurnakan oleh Pengarah CPKL UNISSA, Dr Haji Hambali bin Haji Jaili yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Tahlil bagi memulakan majlis. Antara lain tujuan program adalah bagi membantu meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan untuk anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang berkemampuan.

    Majlis tersebut merupakan kali kedua diadakan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA yang diharap dapat membantu meringankan perbelanjaan persekolahan bagi anak-anak yatim serta keluarga mereka.

    Dr Haji Hambali semasa menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.
    Semasa majlis penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim dan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda