ANKARA, 31 Julai – Seramai 12 anggota militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) terbunuh dalam operasi memerangi keganasan yang dilakukan secara berasingan di tenggara Turki dan utara Iraq, kata kenyataan ketenteraan pada kelmarin.
Operasi di utara Iraq dijalankan di kawasan Zap dan Matina, membunuh tiga pengganas yang didakwa bersiap sedia untuk melakukan serangan serta memusnahkan beberapa lagi kawasan penyimpanan senjata dan gua, menurut satu kenyataan oleh Angkatan Tentera Turki. – Xinhua