Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 atlet karate negara sertai kejohanan di Sabah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Seramai 12 atlet sukan karate dari Persatuan Shitoryu Karate Brunei Darussalam telah menyahut cabaran dengan menyertai Kejohanan Karate Shitoryu Sabah ke-9 yang diadakan di Dewan Sri Putatan, Sabah, baru-baru ini.

    Rombongan peserta negara berkenaan telah diketuai oleh Jurulatih Karate, Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Tutong, Awang Mohammad Nabil bin Abdul Malik.

    Menerusi kejohanan tersebut, sebanyak enam pingat perak dan tiga pingat gangsa telah diraih oleh para peserta tanah air.

    Para peserta yang menerima pingat perak ialah Awang Mohd Azizul Aafii bin Mohd Nazeri di bawah Kategori Kumite Junior Individu Lelaki berumur 16 hingga 17 tahun; dan Awang Mohd Farhan bin Japar Sani serta Awang Mohamed Daniel Syahmi bin Mohamed Hadi masing-masing di bawah Kategori Kumite Senior Individu Lelaki.

    Pingat perak turut dimenangi oleh Dayang Aunie Qaisara binti Mohd Nazeri di bawah Kategori Kata Individu Perempuan berumur 10 hingga 11 tahun; Dayang Sa’datul Hayat binti Dr Abdul Nasir di bawah Kategori Kata Individu Wanita berumur 14 hingga 15 tahun; dan Dayang Siti Amal Nadhirah binti Haji Abdul Latif bagi Kategori Kata Senior Individu Wanita berumur 18 tahun ke atas.

    Sementara itu, tiga pingat gangsa berjaya diraih oleh Awang Muhd Jafni Fakhrillah binti Haji Jabidi di bawah Kategori Kata Senior Individu Lelaki berumur 18 tahun ke atas; Awang Muhammad Hasrul Hafidzi bin Hasmawi bagi Kategori Kumite Individu Lelaki berumur 14 hingga 15 tahun; dan Dayang Sa’datul Hayat binti Dr Abd Nasir di bawah Kategori Kumite Individu Perempuan berumur 14 hingga 15 tahun.

    Kejohanan dua hari itu diadakan agar para atlet sukan karate, khususnya, dapat sama-sama menimba pengalaman semasa mengikuti kejohanan karate berkenaan, di samping diharap mampu meningkatkan nilai tambah mereka dalam pengetahuan dan penanda aras bagi penambah baikan di masa akan datang.

    Para atlet karate bergambar ramai semasa kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN SHITORYU KARATE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda