Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    12 beg sampah dikumpul

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Pengawasan Kejiranan RPN Panaga

    BELAIT, 16 JAN – Sebagai sebahagian daripada kempen kebersihan sempena Hari Bertindak, seramai 16 anggota pengawasan kejiranan berjaya mengumpul 12 beg sampah dalam kempen yang diadakan di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panaga, baru-baru ini.

    Kempen diadakan sebagai inisiatif berterusan pengawasan kejiranan kampung Panaga untuk memastikan kebersihan persekitaran terpelihara selain menambah kesedaran penduduk kampung tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.

    Di samping itu, kempen juga bertujuan membantu menggalakkan belia kampung memainkan peranan aktif dalam menyumbang balik kepada kampung menerusi kempen seumpama ini yang boleh memberikan kesan besar ke atas kesejahteraan penduduk kampung.

    Anggota pengawasan kejiranan berharap acara sama dan aktiviti lain akan diteruskan untuk memastikan kebersihan dan keselamatan kampung terjamin.

    Gambar ramai peserta pada akhir kempen.
    Anggota pengawasan mengambil bahagian dalam kempen kebersihan yang diadakan di RPN Panaga, baru-baru ini.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...