Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    12 dipilih bagi cabutan utama promosi raya Mazda

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Seramai 12 orang pelanggan bertuah telah disenarai pendekkan bagi menyertai Cabutan Utama Madza Prime Raya Deals yang akan diadakan pada 17 Jun nanti.

    Sehubungan itu, acara cabutan bagi pemilihan 12 orang pelanggan bertuah berkenaan telah diadakan di Pejabat Grand Motors, Beribi, hari ini.

    Cabutan telah dilaksanakan oleh eksekutif pemasaran Grand Motors Sdn Bhd yang disiarkan secara langsung melalui media sosial dan turut disaksikan bersama oleh Pengurus Jualan Mazda, Magdeline Hiew.

    Pelanggan-pelanggan bertuah berkenaan ialah Dayang Afeefah @ Bareeah binti ‘Abdul Hadi, Awang Abdul Hafiz bin Haji Asli, Awang Azizul Izam bin Haji Muhammad Sam, Chua Ing Na, Dayangku Nurul Hafizah binti Pengiran Noor Alikahan, Hajah Norsidah binti Haji Abdul Rahman, Awang Muhammad Rawi Akmal bin Yusof, Awang Muhammad Ridhwan bin Mahni @ Azizan, Awang Muhammad Sallehuddin bin Mohd Yusoff, Awang Muhammad Shyfie Aiman bin Othman, Pengiran Siti Aishah Norpemar binti Pengiran Haji Abu Bakar dan Pengiran Mohd Naqiuddin bin Pengiran Haji Zainal Ariffin, yang akan dihubungi oleh konsultan jualan.

    Promosi Mazda Prime Raya Deals menyediakan pelbagai tawaran istimewa bagi pelanggan yang membuat pembelian mana-mana model kenderaan Mazda dari 1 Mac hingga 31 Mei lalu di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga $20,000.

    Antara hadiah yang disediakan termasuk Macbook Pro M1 14inci 32GB 1TB, iPhone 14 Pro Max 1TB, iPhone 14 Pro 1TB dan iPad Pro M2 12.9” 1256GB.

    Magdeline Hiew (tengah) bersama eksekutif pemasaran Grand Motors Sdn Bhd selepas cabutan senarai pendek bagi Cabutan Utama Mazda Prime Raya Deals.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...