Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Seramai 12 orang terdiri daripada warga tempatan, penduduk tetap dan warga asing ditangkap setelah didapati terlibat dalam kegiatan perjudian dalam serbuan, hari ini.
Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei bertindak membuat serbuan itu berikutan maklumat yang diterima mengenai perjudian Sap Sam Chong.
Peralatan yang digunakan dalam perjudian tersebut juga telah dirampas dalam serbuan berkenaan.