Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 jenis ujian kesihatan yang anda perlu lakukan

    SEMAKIN kita meningkat usia, semakin itulah tahap kesihatan kita semakin berkurangan. Tambahan pula kalau kita tak amalkan diet kehidupan yang sihat, makan tak jaga, tidak bersenam dan malas hendak berjalan.

    Kalau pejabat tingkat tiga, sanggup naik lif walaupun lambat. Alangkah bagusnya menaiki tangga. Ianya juga baik untuk kesihatan jantung.

    Pada mereka yang jarang-jarang sangat bersenam dan tak jaga pemakanan anda, digalakkan untuk membuat 12 jenis pemeriksaan kesihatan ini secara kerap:

    1. Pemeriksaan fizikal

    Seberapa kerap anda perlukan pemeriksaan fizikal, setahun sekali atau sebulan sekali? Bergantung kepada beberapa faktor antaranya ialah umur, tahap kesihatan dan ada sejarah perubatan atau tidak. Selalunya doktor akan memeriksa degupan jantung, pantau berat anda, tekanan darah dan suhu badan.

    Disarankan kita buat pemeriksaan gigi secara kerap untuk memeriksa masalah kaviti, gusi berdarah dan masalah lain. Oleh itu, jangan abaikan kesihatan kita. – Gambar hiasan
    Pemeriksaan tekanan darah (atau BP, blood pressure) adalah memeriksa tekanan darah anda dalam arteri. BP yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan sakit jantung atau strok. BP yang normal ialah antara 120/80. Kalau 140/90 ke atas, itu adalah bacaan BP yang tinggi atau hipertensi. Disarankan untuk memantau BP anda dua minggu sekali. – Gambar hiasan
    Kebiasaan ujian kesihatan, doktor akan pantau tinggi dan berat anda untuk mengira BMI anda. Tahu tak apa itu BMI? Ia adalah Indeks Jisim Badan. BMI kita perlu dalam tahap normal atau sihat untuk mengelakkan daripada sakit jantung, diabetes jenis 2, beberapa jenis kanser dan banyak lagi. – Gambar hiasan

    2. Tinggi dan berat (BMI)

    Kebiasaan ujian kesihatan, doktor akan pantau tinggi dan berat anda untuk mengira BMI anda. Tahu tak apa itu BMI? Ia adalah Indeks Jisim Badan (Body Mass Index). BMI kita perlu dalam tahap normal atau sihat untuk mengelakkan daripada sakit jantung, diabetes jenis 2, beberapa jenis kanser dan banyak lagi. BMI yang sihat adalah antara 18.5 – 24.9.

    3. Tekanan darah

    Pemeriksaan tekanan darah (atau BP, blood pressure) adalah memeriksa tekanan darah anda dalam arteri. BP yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan sakit jantung atau strok. BP yang normal ialah antara 120/80. Kalau 140/90 ke atas, itu adalah bacaan BP yang tinggi atau hipertensi. Disarankan untuk memantau BP anda dua minggu sekali.

    4. Kolesterol

    Kolesterol merupakan kandungan lemak di dalam salur darah anda. Tinggi kolesterol juga boleh menyebabkan masalah jantung atau strok. Saranan perubatan Amerika mencadangkan pemeriksaan sekali dalam tempoh 4-6 tahun. Namun bergantung juga kepada sejarah perubatan anda. Kalau pernah dikesan tinggi, pemeriksaan lebih kerap perlu dijalankan.

    5. Saringan kanser

    Tidak salah untuk melakukan saringan ujian kanser, walaupun tiada tanda-tanda awal kanser dalam diri kita. Ini dapat membantu kita untuk mengesan sel kanser lebih awal dan mendapatkan rawatan susulan lebih awal. Terdapat banyak jenis saringan ujian dan tempoh ujian tersebut perlu dijalankan. Contohnya Fecal Occult Blood Tests (FOBT) perlu dilakukan setahun sekali.

    6. Ujian gula dalam darah

    Ujian ni penting untuk diperiksa sama ada kita ada masalah diabetes atau tidak. Disarankan untuk memulakan rutin pemeriksaan ini apabila usia mencecah 45 tahun. Tapi kalau agak-agak anda bukan seorang yang hidup secara sihat, eloklah buat ujian ini seawal usia yang boleh. Kanak-kanak pun boleh ada diabetes jika tidak menjaga aspek pemakanan.

    7. Pemeriksaan kulit

    Selain berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan kulit ini, kita sendiri boleh lakukan di rumah. Perhatikan perubahan yang terdapat pada kulit kita seperti tahi lalat, bintik-bintik ataupun tanda-tanda lain.

    Kalau ada tanda itu, segera berjumpa dengan pakar dan buat pemeriksaan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melakukan pemeriksaan seperti ini dapat mengesan jika terdapat sel kanser kulit dari awal. Mereka yang dapat kesan sel kanser ini lebih awal, dapat menjalankan rawatan dengan cepat dan ada juga yang sembuh dan bebas sel kanser.

    8. Buat pemeriksaan payudara

    Wanita terdedah dengan masalah kanser payudara. Sekarang ini, terdapat banyak risalah dan boleh Google, cara untuk menjalankan pemeriksaan payudara sendiri di rumah. Jika terdapat ketulan atau apa-apa yang anda rasakan tidak normal pada payudara anda, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

    9. Mamogram

    Sejenis ujian sinar x untuk memeriksa bahagian payudara. Wanita berusia 40 tahun ke atas digalakkan untuk melakukan mamogram setahun sekali.

    10. Pap Smear

    Pap Smear perlu dilakukan untuk memeriksa sel kanser di bahagian serviks (bahagian bawah uterus). Doktor akan menggunakan satu stick kecil dan dimasukkan ke dalam serviks untuk mengambil contoh sampel untuk lakukan ujian pap smear.

    Umur 21–29 tahun, digalakkan lakukan saringan sekali dalam masa tiga tahun. 30–64 tahun, digalakkan ambil pemeriksaan pap smear sekali dengan HPV (human papillomavirus) setiap lima tahun atau sekali dalam setiap tiga tahun jika hanya ingin lakukan pap smear.

    11. Pemeriksaan kesihatan lelaki (fizikal)

    Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk melihat jika ada yang tidak normal. Doktor juga boleh membuat pemeriksaan jika ada tanda-tanda masalah penyakit kelamin seperti ketuat atau ulser.

    12. Pemeriksaan gigi

    Disarankan kita buat pemeriksaan gigi secara kerap untuk memeriksa masalah kaviti, gusi berdarah dan masalah lain. Oleh itu, jangan abaikan kesihatan kita. Kalau rasa badan tak sihat, penafasan tak berapa betul, kerap letih dan pelbagai lagi masalah kesihatan, segeralah berjumpa pakar dan dapatkan nasihat pakar. Jangan duduk diam tak buat apa. Ingat, jika kesan masalah kesihatan lebih awal, InsyaAllah, ianya boleh diubati. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda