ABUJA, 27 OKT – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari berkata 12 juta kanak-kanak takut untuk pergi ke sekolah di negara itu, yang berpunca daripada kumpulan penjenayah yang menculik ratusan kanak-kanak bagi mendapatkan wang tebusan. Lelaki bersenjata di barat laut dan tengah Nigeria semakin meningkatkan sasaran ke atas sekolah-sekolah dengan menculik lebih 1,000 pelajar sejak Disember lalu.