Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 kakitangan Daikyo tamat Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 12 orang kakitangan Syarikat Daikyo Industrial Gas Sdn Bhd telah mengikuti dan berjaya menamatkan Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Mac yang berlangsung di Balai Bomba Bandar Seri Begawan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, kursus berkenaan dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, JBP.

    Kenyataan menyatakan bahawa dengan berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi wabak COVID yang melanda negara pada masa ini, sebelum kursus tersebut dijalankan, para peserta kursus turut melakukan ujian pantas antigen (ART) sebagai langkah keselamatan dan juga mengamalkan penjarakan sosial serta sentiasa mengutamakan pemakaian pelitup muka.

    Semasa kursus selama tiga hari itu, para peserta diberikan pendedahan kepada pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal me-ngenai punca-punca berlakunya kebakaran, mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat pengosongan bangunan secara bersistematik, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api yang betul serta tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran serta mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.

    Anggota JBP bersama para peserta Kursus Marsyal Bomba semasa sesi bergambar ramai pada kursus berkenaan.
    Para peserta kursus diberikan tunjuk cara penggunaan alat pemadam api dengan betul.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda