Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 kanak-kanak maut dalam kebakaran bas sekolah

    JOHANNESBURG, 11 JULAI – Seramai 12 kanak-kanak terbunuh di Afrika Selatan, kelmarin, apabila bas mini yang membawa mereka ke sekolah berhampiran Johannesburg terbalik dan terbakar selepas dilanggar kenderaan lain, kata pihak berkuasa.

    Pemandu bas mini itu juga terbunuh dan tujuh kanak-kanak lain dikejarkan ke hospital, menurut pegawai di wilayah Gauteng di Johannesburg.

    Imej televisyen menunjukkan bas mini itu musnah oleh kebakaran awal pagi di Merafong, lebih 70 kilometer (45 batu) di barat bandar itu.

    Halaman buku sekolah yang hangus berselerak di atas jalan, ketika polis memeriksa tempat kejadian.

    “Sebuah bas mini pengangkutan sekolah swasta terlibat dalam kemalangan tragis di kawasan Kokosi-Wedela di Merafong, meragut nyawa 12 pelajar dan pemandu mereka,” kata kerajaan Gauteng dalam satu kenyataan.

    Ia tidak dapat memberikan umur kanak-kanak dengan segera tetapi mengatakan kebanyakannya adalah dari sekolah rendah, di mana pelajar biasanya berumur antara enam dan 13 tahun.

    “Mayat mereka rentung sehingga tidak dapat dikenali. Apabila ini berlaku, forensik perlu melakukan kerja mereka untuk mengenal pasti,” kata jurucakap jabatan polis trafik Gauteng, Sello Maremane kepada AFP. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda