Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 keluarga terima bantuan kewangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Untuk meringankan lagi bebanan mereka yang ditimpa musibah, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menghulurkan bantuan kewangan kepada 12 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Setia B dan rumah roboh Kampung Peramu pada 11 Mei lalu.

    Majlis penyampaian bantuan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu telah diadakan hari ini di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia. Bantuan telah disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Pemberian bantuan kewangan berkenaan adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ketua keluarga pada majlis yang diadakan di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda