Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 kereta terbiar dipindahkan

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Sebanyak 12 buah kenderaan yang dipercayai terbiar di kawasan Bandar Seri Begawan dan Kampung Menglait telah ditarik dan dipindahkan oleh syarikat yang diberikan kuasa dalam operasi, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, di sini, dalam operasi yang melibatkan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Pengangkutan Darat, syarikat pelupusan dan syarikat perkhidmatan penarikan kenderaan berkenaan, sebanyak lapan buah kenderaan di kawasan Bandar Seri Begawan dan empat buah kenderaan di Kampung Menglait telah ditarik dan dipindahkan.

    Menurut kenyataan itu lagi, dalam operasi yang sama, empat buah syarikat telah dikenakan kompaun di kawasan Daerah Brunei dan Muara oleh Penguatkuasaan Jabatan Daerah Brunei dan Muara di bawah Seksyen 12 (1) (a) yang mana setiap sebuah syarikat dikenakan kompaun $200.

    Kerja memindah salah sebuah kenderaan yang dipercayai terbiar sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam operasi yang diadakan di kawasan Bandar Seri Begawan dan Kampung Menglait, kelmarin.

    Manakala itu, tiga orang individu dan sebuah syarikat telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan bagi operasi yang sama.

    Setiap individu berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak $100 dan syarikat berkenaan pula dikenakan kompaun sebanyak $500 kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil melibatkan sampah individu dan syarikat.

    Pihak berkuasa menyatakan bahawa kesemua individu dan syarikat diberikan masa tujuh hari bagi melunaskan kompaun berkenaan atau kes itu akan dibawa ke mahkamah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda