Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 lagi perdengar bacaan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Seramai 12 orang peserta iaitu 10 qari dan dua orang qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada hari ketiga Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pengarah Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Abdullah bin Haji Mohamad.

    Musabaqah kelolaan KHEU itu telah bermula sejak 6 November dan berakhir hari ini dengan Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah dan Cenderamata akan diadakan esok di tempat yang sama.

    Sehubungan, itu, orang ramai bolehlah menyaksikan siaran langsung melalui laman Facebook rasmi KHEU.

    Haji Abdullah semasa menghadiri hari ketiga Musabaqah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Dewan Muzakarah, ICC, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH: Antara peserta yang memperdengarkan bacaan masing-masing pada hari terakhir, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda