Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    12 masjid terima sumbangan laksana aktiviti keagamaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Sebanyak 12 masjid telah menerima sumbangan sebanyak $1,000 setiap sebuah daripada Kumpulan Amal Jariah untuk mengadakan aktiviti keagamaan sempena Ihya Ramadan.

    Penyerahan sumbangan berkenaan telah berlangsung di di Jabatan Hal Ehwal Masjid, hari ini, yang disaksikan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Manakala itu, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Kumpulan Amal Jariah, Datin Hajah Misnah binti Haji Daud dan hadir menerima sumbangan berkenaan ialah wakil dari masjid-masjid yang terpilih.

    Masjid-masjid yang menerima sumbangan bagi Daerah Brunei dan Muara adalah Masjid Kampung Sungai Bunga, Balai Ibadat Kampung Sungai Pandan, Balai Ibadat Kampung Saba, Balai Ibadat Kampung Peramu dan Balai Ibadat Nur Taqwa, Kampung Sungai Siamas.

    Bagi Daerah Tutong pula, Masjid Kampung Penabai, Masjid Kampung Bukit dan Balai Ibadat Hajah Aminah Long Mayan.

    Sementara itu, bagi Daerah Belait, Masjid Kampung Labi dan Balai Ibadat Merangking, manakala di Daerah Temburong ialah Masjid Kampung Labu Estate dan Masjid Kampung Bukok.

    Datin Hajah Misnah semasa menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil yang terpilih.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...