BEIJING, 5 OGOS – Sebanyak 12 orang mati dan seorang masih lagi hilang selepas banjir kilat berlaku di kawasan panorama popular di tengah China, menurut media kerajaan hari ini.
Pelancong terperangkap atau dihanyutkan selepas hujan lebat mengakibatkan banjir kilat pada malam semalam di Empangan Duobi di wilayah Hubei, menurut agensi penyiar kerajaan, CCTV. Seramai 61 lagi sudah pun diselamatkan.
Pihak berkuasa Mukim Hefeng sudah pun mengeluarkan satu notis bulan lalu melarang kenderaan dan individu daripada memasuki kawasan tidak sesuai di mana empangan itu terletak di kawasan panorama, Pingshan. – AP