Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut, 13 cedera dalam kemalangan lombong

    SHANGHAI, 21 DIS – Kira-kira 12 orang terbunuh dan 13 lagi cedera dalam kemalangan perlombongan di timur laut China, lapor media kerajaan hari ini.

    Kejadian itu berlaku pada 3:50 petang waktu tempatan kelmarin di sebuah lombong arang batu di pinggir bandar Jixi di wilayah Heilongjiang, kata penyiar negeri CCTV.

    Menurut CCTV hari ini, Kemalangan itu telah melibatkan sebuah kenderaan yang telah terjunam ke dalam gaung lombong itu, dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

    Tahap keselamatan perlombongan di China telah bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun begitu, liputan media mengenai kejadian besar yang kebanyakannya berlaku pernah diabaikan.

    Kemalangan yang melibatkan industri merupakan perkara biasa berlaku dan lazimnya dikaitkan dengan rekod keselamatan yang lemah dan peraturan yang tidak semestinya dikuatkuasakan.

    Tahun lepas, 245 orang maut dalam 168 kemalangan, menurut angka rasmi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda