Thursday, May 8, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut akibat banjir Afrika Selatan

    JOHANNESBURG, 4 JUN – Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam banjir akibat hujan lebat di pantai timur Afrika Selatan setakat kelmarin, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Di wilayah Eastern Cape, ”angka kematian kini berjumlah tujuh orang,” kata jurucakap perbandaran Teluk Nelson Mandela di tengah-tengah banjir kepada AFP.

    Lebih daripada 2,000 orang telah dipindahkan dari Teluk Nelson Mandela, terutama dari rumah sementara di kawasan setinggan perbandaran.

    Pihak berkuasa tempatan telah melancarkan rayuan untuk mengutip derma pakaian, makanan dan selimut.

    Berhampiran bandar pelabuhan Durban di wilayah kejiranan KwaZulu-Natal, lima orang kehilangan nyawa di Metro eThekwini iaitu kawasan yang paling teruk terjejas.

    “Puluhan orang sedang dirawat kerana kecederaan di pusat penjagaan kesihatan”, menurut kerajaan wilayah dalam satu kenyataan.

    Pihak berkuasa wilayah turut mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga di KwaZulu-Natal.

    Perkhidmatan menyelamat dikerahkan di kedua-dua wilayah yang terjejas pada malam Isnin.

    Imej dari pihak berkuasa menunjukkan rumah pangsa dan jalan raya telah ditenggelami air selain pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan. – AFP

    Pokok tumbang dan rumah rosak akibat cuaca ekstrem di Tongaat, Durban, Afrika Selatan pada 4 Jun 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda