Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil

    BOGOTA, 24 MAC – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai hari ini, lapor agensi Anadolu.

    Hujan lebat terutamanya di Petropolis, Rio de Janeiro, dan negeri jiran Espirito Santo menjejaskan wilayah tenggara dan menyebabkan banyak kejadian, termasuk tanah runtuh.

    Pasukan pertahanan awam dan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk menangani situasi itu.

    Menerusi hantaran di X, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva berkata tragedi alam sekitar seperti itu semakin meningkat susulan perubahan iklim yang menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda