Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut, bas bawa pelajar universiti terbabas di Mesir

    KAHERAH, 15 OKT – Sebuah bas yang membawa pelajar universiti terlibat dalam kemalangan dan terbalik di lebuh raya di timur laut Mesir kelmarin, menyebabkan 12 orang terkorban dan 33 lagi cedera, menurut kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

    Pelajar dari Universiti Galala yang berpangkalan di Suez berada di dalam bas tersebut.

    Media tempatan melaporkan bahawa mereka dalam perjalanan pulang dari kelas ke asrama mereka di pusat peranginan Ain Sokhna, menggunakan lebuh raya baharu Galala, apabila kemalangan itu berlaku dan pemandunya ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap nahas itu.

    Pihak kementerian tidak mendedahkan punca kemalangan itu.

    Menurut kenyataan malam kelmarin, sebanyak 28 buah ambulans bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa yang cedera ke Kompleks Perubatan Suez, tetapi tidak mendedahkan keadaan mereka.

    Menteri Kesihatan, Khaled Abdel-Ghaffar, dan Menteri Pendidikan Tinggi, Ayman Ashour, mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar. – AP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda