MANILA, 1 MEI – Sebuah bas penumpang yang dipandu laju merempuh deretan kenderaan yang berbaris di plaza tol lebuh raya di utara Filipina hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang maut termasuk kanak-kanak, menurut pihak polis.
Berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan pelbagai kenderaan di bandar Tarlac, utara Manila, ketika waktu perjalanan sibuk sempena cuti Hari Pekerja, kata polis.
Pemandu bas yang turut cedera telah ditahan dan memberitahu penyiasat bahawa dia tertidur seketika sebelum kejadian, menurut Ketua Polis Tarlac, Lt Kol Romel Santos kepada wartawan.
Bas tersebut melanggar sebuah van yang sedang beratur bersama tiga kenderaan lain di plaza tol. Seramai 10 daripada mangsa maut, termasuk kanak-kanak, berada di dalam van yang tersepit di antara bas di belakang dan sebuah lagi kereta di hadapan, menurut polis. – AP
