KATHMANDU, NEPAL, 13 DIS – Sebuah kenderaan yang membawa penumpang dari sebuah majlis perkahwinan tergelincir dari lebuh raya di kawasan pergunungan di Nepal mengakibatkan 12 orang maut, menurut kenyataan polis hari ini.
Tiada penumpang yang dilaporkan terselamat.
Trak penumpang itu membawa lebih muatan ketika ia tergelincir dari jalan raya berhampiran perkampungan Chedagad, kira-kira 400 kilometer barat laut ibu kota, Kathmandu.
Polis berkata kemalangan itu berlaku lewat malam kelmarin dan ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian, lapan orang penumpang sudah meninggal dunia. – AP


