Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut dalam runtuhan tanah di Nepal

    KATHMANDU, 6 OGOS – Dua belas orang terbunuh dan enam lagi cedera hari ini dalam kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan tidak henti-henti di Nepal, membawa angka kematian kepada 165 sejak musim tengkujuh bermula pada awal Jun di negara Himalaya itu.

    Lapan orang daripada dua buah keluarga maut selepas rumah mereka dihanyutkan akibat runtuhan tanah di Perbandaran Luar Bandar Badigad, daerah Baglung, dan empat yang lain diselamatkan mengalami kecederaan serius.

    “Enam daripada lapan yang maut adalah kanak-kanak,” kata Chitrangat Baral, Penolong Ketua Pegawai Daerah, kepada Xinhua.

    Di Perbandaran Musikot daerah Gulmi, empat terbunuh dan dua lagi cedera selepas dua rumah tertimbus dalam tanah runtuh, kata Ram Kumar KC, jurucakap polis daerah. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda