NEW YORK, 29 Dis – Satu kebakaran yang mengakibatkan sebuah bangunan apartmen rosak di Bronx semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang termasuk seorang anak damit, dan menyebabkan empat mangsa yang terperangkap berjuang untuk hidup akibat kebakaran paling dahsyat di New York dalam tempoh beberapa dekad.
Kebakaran tersebut berlaku pada kira-kira 6:51 petang (2351 GMT) di bangunan apartmen setinggi 25 tingkat berdekatan Zoo Bronx, salah satu tempat tarikan yang popular dengan pelancong di ibu negara AS.
Seorang anak damit berumur satu tahun antara yang terkorban tatkala sukarelawan Palang Merah menyerahkan selimut dan responden kecemasan telah ditubuhkan sementara untuk memberi perlindungan berdekatan sekolah ketika cuaca paling sejuk pada waktu malam.
Kedengaran suara teriakan penduduk: “api, api,” di dalam bangunan berkenaan dan bergegas untuk keluar dari bangunan berkenaan, bertarung dengan asap dengan hanya membawa beberapa helai pakaian untuk menempuh malam yang sangat sejuk.
Datuk Bandar Bill de Blasio memanggilnya sebagai “tragedi yang tidak terungkapkan,” semasa musim percutian apabila keluarga berkumpul di bandar itu dengan seramai 8.5 juta orang meraikan sambutan Krismas dan perayaan Tahun Baru.
“Malam ini di Bronx, terjadinya perpisahan di kalangan keluarga. Ini merupakan tragedi kebakaran paling dahsyat yang pernah kita saksikan di bandar ini sekurang-kurangnya sejak seperempat dekad,” menurut de Blasio.
“Saya berduka cita melaporkan seramai 12 orang penduduk New York telah meninggal dunia, termasuklah seorang anak damit berumur satu tahun,” katanya kepada wartawan selepas anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran. – AFP