Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 maut lori minyak terbakar

    CHARIKAR, AFGHANISTAN, 18 DIS – Sebuah lori minyak terbalik dan terbakar di genting Salang, Afghanistan, mengorbankan 12 orang dan mencederakan puluhan yang lain, kata pegawai hari ini.

    Insiden itu berlaku lewat kelmarin di wilayah Parwan, utara Kabul, menyebabkan pengembara di kedua-dua belah laluan pergunungan itu terkandas.

    Kira-kira 12 orang terkorban manakala 37 yang lain cedera dalam kejadian itu, kata Hamidullah Misbah, jurucakap Kementerian Kerja Raya, sambil menambah jumlah korban dijangka meningkat.

    “Sebuah lori tangki minyak terbalik dan terbakar di terowong Salang, yang kemudian membakar beberapa kenderaan lain,” kata Misbah kepada AFP.

    Abdullah Afghan Mal, pegawai kanan kesihatan di Parwan, berkata ramai yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak yang melecur teruk.

    “Sangat sukar mengenal pasti jantina mangsa yang maut itu sama ada lelaki atau perempuan,” katanya.

    Genting itu kini ditutup untuk lalu lintas ketika pasukan penyelamat menggunakan helikopter dikerahkan ke tapak insiden, kata pegawai.

    Genting Salang, lebuh raya pergunungan tertinggi di dunia sekitar 3,650 meter dibina oleh pakar era Soviet pada tahun 50an termasuk terowong sepanjang 2.6 kilometer. – AFP

    Mangsa kebakaran lori tangki minyak ketika menerima rawatan di hospital Afghanistan pada 18 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda