Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    12 maut minum alkohol buatan sendiri

    BANDUNG, INDONESIA, 30 OKT – Seramai 12 orang rakyat Indonesia maut dan empat dalam keadaan kritikal selepas meminum minuman keras buatan sendiri, kata pihak berkuasa hari ini, kematian-kematian terbaharu disebabkan alkohol buatan sendiri di negara majoriti Islam itu.

    Hospital besar daerah Subang yang dikendalikan kerajaan di wilayah Jawa Barat merawat 18 mangsa kerana ‘mabuk alkohol’ pada Sabtu, kata jurucakap hospital, Wawan Gunawan.
    “Terdapat lima orang dalam pemerhatian dan 11 orang meninggal dunia (di hospital),” kata Gunawan kepada AFP hari ini, sambil menambah bahawa mangsa-mangsa berusia antara 16 dan 45 tahun.

    Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, tambah Gunawan.

    Mangsa-mangsa maut selepas membeli minuman keras haram untuk diminum pada majlis perkahwinan pada Sabtu, menurut laporan polis tempatan.

    Empat daripada mangsa dalam keadaan kritikal dan seorang dalam pemulihan, kata Gunawan.

    Polis telah menahan seorang suspek berhubung kejadian itu, kata ketua polis Subang, Ariek Indra Sentanu.

    Media tempatan melaporkan, mangsa ke-13 telah meninggal dunia selepas keluarganya meminta keluar awal dari hospital, tetapi Gunawan tidak dapat mengesahkan statusnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...